Sebelum ini kita hanya sering mendengar pembunuhan kejam kanak-kanak di negara luar terutama US tp selepas 50 tahun merdeka, perkara ini sudah terjadi di negara bertuah nie.
Marah, sedih, takut, simpati..perasaan ini bercampur gaul dalam hati aku. Rasanya segenap hati manusia yang mendengar berita ini. Ada juga syaitan bertopengkan manusia dalam dunia ni. Kepada pembunuh yang berkenaan, semoga tuhan memberikan pembalasan yang setimpal dunia dan akhirat.
Aku mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Nurin. Berharap agar anda keluarga cekal dan tabah menempuh dugaan yang maha hebat ini. Jangan terlalu bersedih kerana Nurin sedang melangkah ke taman syurga ketika ini. Semoga keluarga anda dicucuri rahmat oleh ALLAH.
**Semoga Allah melindungi keluarga aku dari segala kejahatan manusia dan segala bencana di duania dan selamatkan kami juga di akhirat nanti.
Friday, September 21, 2007
Tuesday, September 18, 2007
Rusuhan Di Batu Buruk - Gambar Bakar Bendera PALSU !!!

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan isu pembakaran Jalur Gemilang sewaktu tragedi Batu Buruk 12 September 2007. Semua media arus perdana menuding jari kononnya ia perbuatan ahli PAS, dan lebih mendukacitakam Polis Malaysia tanpa usul periksa mempercayai kejadian itu seolah-olah benar-benar berlaku.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengulas mengenainya begitu juga ahli-ahli Parlimen dengan nada dan konotasi marah sehingga ada yang menyatakan pembakar bendera itu perlu dibuang negara. Pemuda UMNO negeri Terengganu juga tanpa usul periksa dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) konon ingin mengadakan kempen memungut tandatangan secara besar-besaran bagi mengutuk "perlakuan " tersebut.
Persoalan kini, gambar itu siapa yang merakamkannya yang disiarkan secara meluas untuk mengkambinghitamkan PAS dan juga BERSIH selaku penganjur ceramah? Pemuda yang membakar bendera itu siapa namanya dan dari mana datangnya? Apa sebenarnya niat polis pula yang secara membabi buta mempercayai gambar itu dan akhirnya bagaimana mentaliti pemimpin UMNO dan ahli parlimen yang mempercayai bulat-bulat sekeping gambar yang tidak diketahui asal-usulnya itu?
Penelitian halus terpaksa dilakukan keatas gambar tersebut dan nantinya kita akan mendapati ia adalah sebenarnya gambar yang dilakukan secara "super-imposed" dibikin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta mempunyai niat jahatnya yang tersendiri.
Cuba kita amati gambar itu.

1) Suasana yang ada seolah-olah pemuda yang bertopi keledar itu bersendirian dengan tindakannnya membakar bendera. Tiga pemuda di sebelahnya seperti "tak ambil kisah" terhadap perbuatannya begitu juga pemuda-pemuda yang di atas jalanraya di belakangnya.
Ini bererti perlakuan pemuda yang membakar bendera secara solo itu adalah pelik sehingga tidak ada sesiapa pun ambil kisah terhadap perlakuannya.
Justeru itu ada dua kemungkinan, pertama hanya orang gila biasanya yang tidak akan dipedulikan oleh sesiapa. Kedua imej pemuda yang membakar bendera itu sebenar dilukis kemudian. Saya lebih berat dengan alasan yang kedua. Cuba kita telitikan lagi dengan lebih terperinci terhadap imej itu.
2) Kita lihat gambar bendera yang dipegang oleh pemuda itu. Ia jelas satu lukisan bukan satu imej bendera sebenar. Tone warna bendera itu sekata dan ini amat tidak realistik memandangkan suasana ketika itu adalah waktu malam. Warna jalur merahnya, robekan bendera di sebelah bawah, lambang bulan-bintang berlatarbelakangkan biru dan asap apinya juga tampak jelas semuanya adalah dilukis dan rekaan semata-mata kerana satu hal yang tidak logik malah tidak mungkin sebaran asap itu mempunyai bentuk kaku yang tidak realistik. (lihat kawasan yang ditandakan dengan garis)

3) Kita lihat pula pemuda yang mencangkung seraya membakar bendera itu. (rujuk foto di atas)
Imej pemuda itu jelas ditampal kerana kecacatan yang wujud di sekurang-kurangnya 3 tempat:
A. Tempelan adalah ketara di tangan pemuda itu dengan imej seluar dan kain pelikat dua orang pemuda di belakangnya.
B. Apabila imej itu diteliti dengan resolusi yang tinggi kita akan dapat melihat kesan tampalan di aliran badan pemuda yang mencangkung itu.
C. Kedudukan bayang-bayang pemuda itu salah kerana aliran cahaya dari hadapan tidak memungkinkan bayang-bayang untuk berada terpat di atas objek.

Ada banyak lagi kecacatan foto berkenaan seperti warna tambak yang patching salah sehingga menjelaskan kepada kita ia bukan foto sebenar.(rujuk foto di atas)
Justeru itu dengan bukti yang ada saya berpendiran bahawa foto berkanaan telah direka dan "doctored" dengan teknik "superimposed" bukan bukannya foto asli.
Kita tidak tahu berapa banyak lagi foto yang direka untuk memburukkan parti pembakang dan berapa ramai pula yang tertipu hasil dari niat dan muslihat yang tidak jujur ini. Kutukan ke atas tangan dan diri orang yang mereka-reka serta mengada-adakan perkara yang tidak ada.
Dan lebih memalukan lagi Polis Di Raja Malaysia mengambil foto ini sebagai asas untuk mendakwa tentang wujudnya perlakuan tersebut tanpa memperdulikan kewsahihan foto berkenaan. Atau ada apa-apakah tujuan PDRM bertindak sedemikian?
kredit utk: tranungkite.net, cari.com.my
**Orang kampung tak reti la pasal kerja-kerja super impose nie. Sepatutnya pihak berkenaan perlu menyiasat kesahihan gambar ini untuk menyakinkan org kampung macam aku.Kalu tak, siapa yang rugi.
Saturday, September 1, 2007
Orang Kampung dan Jalan Baru
Minggu lepas, aku berkesempatan balik ke kampung aku di timur semenanjung Malaysia. Sejuk hati bila sekali-sekala balik kampung. Lihat susana kampung yang tenang, sawah padi luas menghijau dan yang paling "best", boleh jumpa dengan ibu-ayah. Sampai sahaja kat rumah, ma mertua aku terus hidangkan aku ngan orang rumah dengan durian. Dah seminggu dia simpan untuk kami. Maklumlah dia takut buah durian habis. Maklumlah, dah nak akhir musim. Hari berikutnya aku balik ke rumah ibu aku. Aku panggil mak aku-"mek". Sama macam mak mertua aku gak, banyak buah durian dia simpan untuk aku. Hampir penuh peti sejuk!
Risau betul aku bila tau mek aku tak sihat. Jatuh semasa sembahyang. Aku ngan famili aku terus bergegas ke Hospital USM menghantar mek ke sana. Ntahlah, kebelakangan ini mek asyik tak sihat. Badannya lemah-lemah, asyik pening je. Nak kater darah tinggi..tak.nak kater kencing manis..pun tak. Runcing dan risau betul aku. Rasa nak pindah balik kampung je. Bolehla aku jumpa me tiap-tiap hari. isk..
Satu lagi perkara yang mengejutkan aku ialah jalan kampung aku dah dibaiki. Dahulu, banyak betul lubang-lubang sampai kene bawak kereta kiri-kanan semata-mata nak elak lubang. Sekarang, sungguh cantik dan elok sekali. Longkang pn dah konkrit. Terima kasihlah kepada YB. Dah 4 tahun barulah jalan kampung diperbaiki. Harap-harap ini bukan untuk memancing undi pilihanraya yang semakin hampir. Bekerja untuk rakyat sepanjang masa. Kan YB?
Risau betul aku bila tau mek aku tak sihat. Jatuh semasa sembahyang. Aku ngan famili aku terus bergegas ke Hospital USM menghantar mek ke sana. Ntahlah, kebelakangan ini mek asyik tak sihat. Badannya lemah-lemah, asyik pening je. Nak kater darah tinggi..tak.nak kater kencing manis..pun tak. Runcing dan risau betul aku. Rasa nak pindah balik kampung je. Bolehla aku jumpa me tiap-tiap hari. isk..
Satu lagi perkara yang mengejutkan aku ialah jalan kampung aku dah dibaiki. Dahulu, banyak betul lubang-lubang sampai kene bawak kereta kiri-kanan semata-mata nak elak lubang. Sekarang, sungguh cantik dan elok sekali. Longkang pn dah konkrit. Terima kasihlah kepada YB. Dah 4 tahun barulah jalan kampung diperbaiki. Harap-harap ini bukan untuk memancing undi pilihanraya yang semakin hampir. Bekerja untuk rakyat sepanjang masa. Kan YB?
Jalan kampung aku yang baru diturap :)
Akhir kalam, tidak aku lupakan kepada semua murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada Isnin ini terutama kepada 2 orang anak buah aku-Luqman&Ariff. Buatlah yang terbaik!
*Aku doakan agar kesihatan ibubapa aku terutama mek senantiasa sihat walafiat. Amin.
*Aku doakan agar kesihatan ibubapa aku terutama mek senantiasa sihat walafiat. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)