Thursday, October 4, 2007

Kisah Puasa Di Kampung

Lagi seminggu umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Semestinya pelbagai persiapan telah dan akan dibuat untuk menyambut 1 Syawal yang bakal menjelma. biskut dan kuoh muih ada yang telah disiapkan dan disembunyikan dicelah tin-tin milo dalam almari. Takut dimakan orang! :)

Teringat aku semasa berpuasa dan menyambut 1 syawal di kampung. Amat berbeza dengan keadaan anak-anak kecil sekarang.Cukup seronok dan happening sekali! Pada pertengahan Ramadhan, aku dan kawan-kawan berpusing-pusing sekeliling kampung hendak mencari tin-tin milo kosong. Nak wat apa dengan tin-tin tersebut? Jawapannya:Pelita!maklumlah,masa dulu pelita kita buat sendiri. Tin tersebut ditebuk lubang menggunakan paku, dan sumbunya menggunakan kain-kain buruk yang dipotong. Tiap-tiap malam pasang dan mulalah pesta cahaya pelita. Sungguh cantik! Sekarang tak payah buat lagi, ntah-ntah budak zaman sekarang dah tak reti buat pelita sendiri. Semua beli,senang dapat dan murah sehingga kita jadi malas.

Masa dulu juga mak aku selalu suruh aku pergi hantar lauk kadang-kadang kuih kepada jiran-jiran sebelah. Seronok! Rasa sungguh seronok ketika jira yang juga saudara aku puji cakap terima kasih dan diberikan makanan lain sebagai balasan. Amalan ini masih lagi diamalkan di kampung aku.

Baju raya-kasut raya-dan semua barang raya disembunyikan dalam almari dalam bilik mak aku. Takut sangat aku tayangkan kat kawan-kawan. Tapi mmg pantang mak aku keluar bilik, aku masuk senyap-senyap terus memakai baju tersebut dan tayang depan cermin. HAndsome dan lawa tol baju aku! Wal hal aku selalu dpt kasut sekolah buat kasut raya. Ayah aku kata jimat, boleh guna untuk sekolah. Waktu tu ayah susah sikit, lebih-lebih lagi waktu raya. BErapa pasang baju kene beli. Untuk abang, kakak,adik dll.


**Rindu betul nak balik kampung...