Sunday, December 30, 2007

Siapa Lagi Pandai Memerintah?

Di sini penulis sertakan beberapa keratan akhbar utama negara tentang keadaan ekonomi beberapa buah negeri di Malaysia yang diperintah oleh partai yang dikatakan pandai membangunkan negeri dan anak bangsa. Bacalah dan renungkanlah tatkala media-media mencanagkan pembangunan hebat partai pemerintah dan kemunduran negri yang diperintah pembangkang.

Shahidan sifatkan TNB syarikat tidak `berhati perut'

KANGAR 1 Dis. - Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) sebagai syarikat korporat tidak `berhati perut' apabila memadamkan hampir semua lampu jalan di negeri ini berikutan hutang tertunggak kerajaan negeri sebanyak RM3 juta kepada TNB.

Tegas beliau, walaupun syarikat itu mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun, tetapi tidak mempunyai sifat belas kasihan terhadap negeri miskin seperti Perlis dalam mengenakan caj elektrik.

``TNB ini adalah badan korporat yang tidak ada hati perut kerana isytiharkan untung bukan main banyak, tetapi apabila terhutang sikit, mereka padamkan lampu jalan.

``Hina sangatkah Perlis ini sehinggakan sanggup padamkan lampu jalan sebab tidak dapat bayar bil,'' katanya kepada pemberita selepas mesyuarat wakil-wakil rakyat di Pejabat Menteri Besar di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Oui Ah Lan mengumumkan kerajaan negeri telah membayar tunggakan hutang lampu jalan sebanyak RM600,000 kepada TNB.

Shahidan berkata, pihaknya kesal kerana selama ini kerajaan Perlis menjual tanah kepada syarikat korporat itu untuk menjalankan sesuatu projek dengan harga rendah.

``Malah, ada tanah diberikan kepada TNB secara percuma, tetapi mereka tidak mempunyai sifat untuk membantu kerajaan negeri,'' jelasnya.

Malangnya, kata beliau, TNB tidak mahu berkompromi apabila kerajaan negeri mengalami masalah kewangan sebaliknya mengambil tindakan `di luar batasan' ketika menuntut hutangnya.

Sehubungan itu, beliau meminta TNB mengkaji semula kadar tarif elektrik bagi negeri-negeri mundur seperti Perlis yang pada masa ini sama seperti negeri maju yang lain.

source : Berita Harian 2 Disember 2004


http://www.utusan.com.my/utusan/arch...8.htm&arc=hive


____________________________________________________________________________________

Adnan akui Pahang antara negeri hampir muflis

KUANTAN 19 Okt. - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengakui, Pahang merupakan antara negeri di Malaysia yang kini hampir muflis.

Beliau yang memegang jawatan Menteri Besar sejak tahun 1999 berkata, perkara itu berlaku kerana negeri itu mengalami kekurangan sumber pendapatan.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Hadenan A. Jalil kerana memberi gambaran yang tepat mengenai keadaan sebenar negeri-negeri yang terlibat, Adnan berkata, ia adalah satu kebenaran.

``Memang jika diikutkan takrif itu, Pahang adalah antara negeri yang terlibat dan kita tidak nafikan puncanya kerana pendapatan negeri yang statik dan tidak berkembang, sedangkan perbelanjaan dan permintaan adalah lebih dari itu,'' katanya.

Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri, di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Hadenan bahawa beberapa negeri di negara ini kini hampir muflis kerana pendapatan yang semakin merosot dan tidak berkembang.
___________________________________________________________________________________


Negeri BN terpaksa berhutang bayar gaji kakitangan mereka

KUALA LUMPUR: Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Hashim Ismail mengesahkan empat negeri yang diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa meminjam daripada kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan mereka.

Negeri-negeri berkenaan ialah Johor, Sabah, Pahang dan Perlis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nik Amar Nik Abdullah (PAS - Pengkalan Chepa) mengenai perkara itu ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, 4 November lalu.

diceduk dari:http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=18997&page=3

No comments: