Saturday, April 5, 2008

Selepas PRU 12..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama aku tidak menulis di dalam blog ini. Bukannya tidak mahu menulis tapi sibuk membaca blog-blog lain yang semakin hari semakin banyak ada di pasaran. Selepas PRU ke-12, semakin kencang blog-blog baru tumbuh bak cendawan lepas hujan. Banyak blog-blog dari ahli parlimen BN yang timbul, antaranya Dr. Khir Toyo, Shahril Samad, Mohd Ali Rustam dan banyak lagi. Tahniah dan selamat berjuang ke alam baru buat Dato' YB.

Selepas keputusan PRU ke-12 baru-baru ini, banyak isu-isu yang timbul dan cakap-cakap antara ahli politik samada di peringkat tertinggi sampailah di kampung-kampung.Sungguh banyak dan berwarna-warni, terutama isu tentang hak orang Melayu dan kedudukan orang Melayu selepas ini. Panas dan sangat membara sekali. Belumpun sebulan Barisan Rakyat ataupun Pakatan Rakyat memerintah banyak sekali isu yang timbul. Tapi Alhamdullillah tiada kes yang boleh menggugat keamanan timbul. Bagi penulis, ini menggambarkan yang rakyat Malaysia sudah matang dalam berfikir dan boleh menerima demokrasi yang sebenar iaitu bukan hanya BN sahaja boleh memerintah. Tiada BN tidak bermakna kita tidak boleh makan, kebulur dan miskin. Walaubagaimanapun, kita harus sedar sesebuah kerajaan tidak akan kekal selamanya. Jadi memerintahlah dengan adil, telus dan amanah.

Isu yang paling hangat sebelum ini adalah perlantikan menteri besar Perak, Perlis dan Terengganu. Isu yang memeningkan kepala Pak Lah dan rakyat semua. Nasib baiklah isu ini telah reda tapi ingatlah wahai semua, isu pelantikan MB Terangganu dan derhakanya 23 adun Terengganu tidak akan dilupakan oleh kami. Sultan kam telah dihina sebegitu rupa dan kami amat kecewa dengan sikap kalian. Janganlah kita bersultan di mata tap beraja di hati. Ingatlah jangan terlalu bongkak dan sombong.

Pak Lah teruslah memerintah. Jangan undur diri dan baikilah apa yang rosak, tampallah apa yang bocor dan ketuklah apa yang kemik. Letak jawatan bukan salah satu penyelesaian yang baik. Ubah diri dengan mengikut apa yang rakyat kehendaki. Hapuskan rasuah, tinggatkan taraf hidup rakyat dan kurangkan gejala sosial, itulah harapan kami. Nilaikan menteri yang dilantik, kenapa masih ada yang boleh dipertikai?rakyat masih dan sentiasa menilai anda semua.

Penulis menanti-nanti saat sidang parlimen dan sentiasa tertunggu-tunggu apa yang terjadi selepas ini. Kepada semua, kesianlah Pak Lah. Beliau Perdana Menteri Kita!

No comments: