Friday, May 2, 2008

Koleksi Dikir Barat I

Apa Erti KEmerdekaan



*Lirik best penuh kritikal dan nasihat. Harap kita semua hayati dikir di atas :)
**Pandai-pandaila korang translate :P

apa erti kemerdekaan
bagi umat melayu kito
xse terima perubahan
anak cucu jadi mangso

ore lain duk rebut pelue
xke kita duk tengok sajo
sede masa tetap berjale
sesaat dok tunggu kito

Dilema, dilema, dilema Melayu kito

(aku xdengar..sorie)
bangsa lain koho maju
anak melayu masih mundur

ore kecek cayo slalu
angguk palo mace jepun
style zame dulu-dulu
jadi katok bawah purung

Dilema, dilema, dilema Melayu kito

anok ore naik kapal terebe
anok ore kito naik teksi
anok ore jadi toke
anok kito jd kuli

anok ore jual bare
anok kita jom beli
xdok pitis rela berute
bre bini gadai lagi

Dilema, dilema, dilema Melayu kito

anok ore baco buku
anok kita duk derat
anok ore masuk ke U
anok melayu penuh dale lokap

anok ore minum susu
anok melayu duk togok ubat
sampai bile kita nok maju
kalu xse ubah sikap

Dilema, dilema, dilema Melayu kito

Kete ore kote marcedes
Kete kita morehmino
keto ore asap nipis
keto kta asap bungo

kete ore hidup ngan suis
keto kita mampus tolok sokmo
beli baru xde pitis
beli beras pn brutang sokmo

Dilema, dilema, dilema Melayu kito

rumah ore rumah batu
rumah kita rumah atap
rumah ore pagar batu
rumah kita pagar kawat

rumah ore kapet beledu
rumah kita tikar karat
masa bekwah nyambut nantu
patah gelegar cabut tukat

Dilema, dilema, dilema Melayu kito

Anok ore jd peniaga
anok kita jd petani
anok ore baju cap boyo
anak kita baju kuning

anok ore bahagio
anok kita duk pening
jadi mangsa dadah gangja
jadi mangsa budaya kuning

Dilema, dilema, dilema Melayu kito

anok ore g masejid
anok kita duk tepi jale
anok ore gak duk ngatik
anok kita ko duk gewe

anok ore peragai baik
anok kita mace sete
ko duk cari bala penyakit
xse pk masa depe

Dilema, dilema, dilema Melayu kito

apa erti kemerdekaan
bagi umat melayu kita
xse terima perubahan
anak cucu jadi mangsa

ore lain duk rebut pelue
xke kita duk tengok sajo
sede masa tetap berjale
sesaat dok tunggu kito

Dilema, dilema, dilema Melayu kito 2x

Saturday, April 26, 2008

Aduhai Mingguan Malaysiaku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Aku adalah pembaca setia dan pembeli akhbar Mingguan Malaysia (bukan Utusan Malaysia). Ada beza Mingguan dan Utusan Malaysia.Mingguan Malaysia diterbit setiap Ahad dan Utusan Malaysia setiap hari selain Ahad. Kenapa aku membeli tidak pernah lupa membeli Mingguan Malaysia?Sebenarnya, Mingguan Malaysia banyak akhbar sisipan dan artikel yang 'best-best' boleh dibaca dan ia berbeza dengan Utusan Malaysia. DAripada aku menghabiskan duit beli Utusan Msia, baik aku bukak internet dan bacalah berita dari situ. Jimat dan menyenangkan.

Hari (AHAD, 27 APRIL 2008)aku kurang berpuas hati dengan muka hadapan akhbar ini. Kenapa perlu di'highlight'kan atau diletakkan di muka hadapan mengenai perkahwinan artis?Pentingkah berita tersebut jika dibandingkan dengan berita lain?Bukankah hari ini terdapat akhbar sisipan Pancaindera, kenapa tidak dimuatkan berita tersebut di dalam akhbar sisipan tersebut?Aduhai Mingguan Malaysia..Jika dibandingkan berita lain dengan perkahwinan artis yang bagi aku kurang hangat, lebih baik diletakkan berita yang lain.Ini akhbar kerajaan..jadi janganlah terlalu melebihkan hiburan.

Bagi aku, isu yang dikatakan hangat masa kini adalah rasuah dalam sukan. Sepatutnya ia boleh diletakkan di hadapan akhbar. Ia sesuatu yang sangat penting. Lebih penting dari perkahwinan artis, tidak kisahla artis mana-mana pun. Rasuah dalam sukan yang berlaku kali kedua ini ibarat satu lagi Tsunami Sukan yang akan menghancurkan, merendahkan dan menjatuhkan sukan negara kita. Ini lagi penting..dan banyak lagi berita penting yang boleh diletakkan di hadapan.

Aku berharap editor dapat memilih berita yang bersesuaian untuk diletakkan di hadapan akhbar. Berbeza dengan Berita MInggu, tajuknya bagus dan dipilih dengan baik. BErubahlah..hiburan penting tp ada lagi berita yang lagi penting..

Thursday, April 17, 2008

Topik terbaru blog MB HILANGGG!!!

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...

HAri ini saya buka semula blog MB Melaka kita, Mohd Ali Rustam. Terkejut dan ketawa seorang.Lawak mengalahkan cerita Raja Lawak!!Apa yang lawak?

Sebelum ini saya nyatakan yang YB sorang yang tidak konsisten dalam peendiriannya. Sekarang tengokla..satu lagi topik tulisannya hilang!! Tulisannya yang bertajuk "Ladang Babi HAdiah Pilihan Raya" telah dihilangkan. Tulisannya telah mendapat komen yang panas dikalangan pembaca. Kenapa hendak dihilangkan?Takut?ataupun terkena batang hidung sendiri Dato?tula gajah depan mata tidak nampak, kuman seberang laut jelas tampaknya. Cermin diri dulula..

Kepada pembaca yang mahu membaca tulisan dari blog ini, silalah melawat ke blog pendua bagi MB Melaka ini.

http://mohdalirustam2.blogspot.com/


Wallahualam.

Tuesday, April 15, 2008

Blog MB Melaka-Dato' Mohd Ali Rustam Yang Tak Konsisten

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebelum ini aku selalu membaca blog-blog pembesar UMENO yang baru dirasmikan. Bagus dan sangat baik untuk rakyat menilai kedua-dua belah pihak pembangkang dan kerajaan. Namun, kelakar betul bila aku mengikuti perkembangan seorang MB dari Melaka. Pada mulanya wordpressnya ditutup dan selepas beratus komen yang menghentam tulisan beliau yang mengutuk, membantai dan meng"kondem" pembangkang tanpa isi. Ibarat tin kosong kata salah seorang pembaca.

Sekarang,komen pembaca sudah dimatikan.PEmbaca tidak boleh menghantar pendapat lagi melalui blognya. KEnapalah seorang pemimpin tidak boleh menerima pandangan dari rakyat?Terimalah pandangan dari kami rakyat marhean ini, dengarlah dulu.jangan terus disumbat telinga dan tidak memandang lagi kami ini. Inikah sikap seorang pemimpin negeri. Jangan sombong.

SIkap ini menggambarkan anda seorang yang tidak konsisten dan tidak tetap pendirian. Bagaimana hendak memimpin. Sebaliknya, jika ada komen-komen yang melukakan hati atau komen-komen "jahat" anda boleh mebalas komen tersebut dan memperbetulkan keadaan.

wallahualam.

Sunday, April 13, 2008

Peraturan mewajibkan peristiharan mereka yang mahu memeluk Islam..

Assalamualaikum...

HAri semakin panas walaupun hujan dan angin kencang bertiup, namun ia tetap panas dan semakin panas. Apa yang panas?tentula senario politik tanahair kita. Aku malas berbicara pasal politik atau pasal babi. Sudah penat telinga mendengar, letih mata membaca di surat khabar, di blog2 dan di kaca tv. Tetapi yang paling manarik hati aku tentang peraturan yang mewajibkan mereka yang mahu memeluk Islam mengisytiharkan keislaman mereka kepada keluarga. Memang aku terkejut..sangat terkejut.

Dalam keadaan politik yang semakin panas dan pelbagai isu yang timbul. Satu lagi isu yang tidak kurang panasnya muncul. Kenapa perlu diistiharkan?Sedangkan para sahabat Rasulullah s.a.w juga dulu menyembunyikan kemasukkan mereka dalam Islam pada peringkat awal untuk mengelakkan penentangan.Langkah ini dalam usaha untuk menguatkan iman dalam jiwa mereka supaya jiwa mereka kuat dan berupaya berhadapan dengan penentangan.

Cuba kita imbau dan ingat semula kejadian yang pernah berlaku di negara kita, adakah semua keluarga boleh menerima peristiharan tersebut?Sebelum ini banyak berlaku penentangan samada dalam bentuk ugutan, fizikal dan mental kepada orang yang baru memeluk Islam ataupun ahli keluarga mereka. Jika anda melihat siaran berita tv3 tadi, anda sedar yang kebanyakkan keluarga menentang kemasukkan ahli keluarga mereka ke agama Islam pada mulanya. Tapi lama-kelamaan mereka boleh menerima mereka sebagai seorang mukmin.

Jadi tidak salah untuk menyembunyikan hal yang sebenar untuk sementara waktu bagi menyelamatkan dan mententeramkan keadaan. Cubalah lihat isu ini dari sudut yang luas dan terbuka.

Satu perkara lagi adalah cadangan presiden MCA di mana seseorang mualaf dibenarkan meninggalkan Islam tanpa sebarang halangan. Kenapa beliau mencampuri urusan agama Islam?Siapakah beliau?

Penulis berharap golongan agama, pendakwah2, para cendiakiawan Islam, golongan intelektual Islam, ahli poilitik Islam sama ada UMNO, PAS, keADILan sama-sama keluarkan kenyataan dan menentang peraturan baru ini yang jelas akan merugikan agama, bangsa dan negara kita.

wallahualam.
**Harap maaf jikalau ada kesilapan. Sila hantar komen anda.

Saturday, April 5, 2008

Selepas PRU 12..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama aku tidak menulis di dalam blog ini. Bukannya tidak mahu menulis tapi sibuk membaca blog-blog lain yang semakin hari semakin banyak ada di pasaran. Selepas PRU ke-12, semakin kencang blog-blog baru tumbuh bak cendawan lepas hujan. Banyak blog-blog dari ahli parlimen BN yang timbul, antaranya Dr. Khir Toyo, Shahril Samad, Mohd Ali Rustam dan banyak lagi. Tahniah dan selamat berjuang ke alam baru buat Dato' YB.

Selepas keputusan PRU ke-12 baru-baru ini, banyak isu-isu yang timbul dan cakap-cakap antara ahli politik samada di peringkat tertinggi sampailah di kampung-kampung.Sungguh banyak dan berwarna-warni, terutama isu tentang hak orang Melayu dan kedudukan orang Melayu selepas ini. Panas dan sangat membara sekali. Belumpun sebulan Barisan Rakyat ataupun Pakatan Rakyat memerintah banyak sekali isu yang timbul. Tapi Alhamdullillah tiada kes yang boleh menggugat keamanan timbul. Bagi penulis, ini menggambarkan yang rakyat Malaysia sudah matang dalam berfikir dan boleh menerima demokrasi yang sebenar iaitu bukan hanya BN sahaja boleh memerintah. Tiada BN tidak bermakna kita tidak boleh makan, kebulur dan miskin. Walaubagaimanapun, kita harus sedar sesebuah kerajaan tidak akan kekal selamanya. Jadi memerintahlah dengan adil, telus dan amanah.

Isu yang paling hangat sebelum ini adalah perlantikan menteri besar Perak, Perlis dan Terengganu. Isu yang memeningkan kepala Pak Lah dan rakyat semua. Nasib baiklah isu ini telah reda tapi ingatlah wahai semua, isu pelantikan MB Terangganu dan derhakanya 23 adun Terengganu tidak akan dilupakan oleh kami. Sultan kam telah dihina sebegitu rupa dan kami amat kecewa dengan sikap kalian. Janganlah kita bersultan di mata tap beraja di hati. Ingatlah jangan terlalu bongkak dan sombong.

Pak Lah teruslah memerintah. Jangan undur diri dan baikilah apa yang rosak, tampallah apa yang bocor dan ketuklah apa yang kemik. Letak jawatan bukan salah satu penyelesaian yang baik. Ubah diri dengan mengikut apa yang rakyat kehendaki. Hapuskan rasuah, tinggatkan taraf hidup rakyat dan kurangkan gejala sosial, itulah harapan kami. Nilaikan menteri yang dilantik, kenapa masih ada yang boleh dipertikai?rakyat masih dan sentiasa menilai anda semua.

Penulis menanti-nanti saat sidang parlimen dan sentiasa tertunggu-tunggu apa yang terjadi selepas ini. Kepada semua, kesianlah Pak Lah. Beliau Perdana Menteri Kita!

Sunday, December 30, 2007

Siapa Lagi Pandai Memerintah?

Di sini penulis sertakan beberapa keratan akhbar utama negara tentang keadaan ekonomi beberapa buah negeri di Malaysia yang diperintah oleh partai yang dikatakan pandai membangunkan negeri dan anak bangsa. Bacalah dan renungkanlah tatkala media-media mencanagkan pembangunan hebat partai pemerintah dan kemunduran negri yang diperintah pembangkang.

Shahidan sifatkan TNB syarikat tidak `berhati perut'

KANGAR 1 Dis. - Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) sebagai syarikat korporat tidak `berhati perut' apabila memadamkan hampir semua lampu jalan di negeri ini berikutan hutang tertunggak kerajaan negeri sebanyak RM3 juta kepada TNB.

Tegas beliau, walaupun syarikat itu mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun, tetapi tidak mempunyai sifat belas kasihan terhadap negeri miskin seperti Perlis dalam mengenakan caj elektrik.

``TNB ini adalah badan korporat yang tidak ada hati perut kerana isytiharkan untung bukan main banyak, tetapi apabila terhutang sikit, mereka padamkan lampu jalan.

``Hina sangatkah Perlis ini sehinggakan sanggup padamkan lampu jalan sebab tidak dapat bayar bil,'' katanya kepada pemberita selepas mesyuarat wakil-wakil rakyat di Pejabat Menteri Besar di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Oui Ah Lan mengumumkan kerajaan negeri telah membayar tunggakan hutang lampu jalan sebanyak RM600,000 kepada TNB.

Shahidan berkata, pihaknya kesal kerana selama ini kerajaan Perlis menjual tanah kepada syarikat korporat itu untuk menjalankan sesuatu projek dengan harga rendah.

``Malah, ada tanah diberikan kepada TNB secara percuma, tetapi mereka tidak mempunyai sifat untuk membantu kerajaan negeri,'' jelasnya.

Malangnya, kata beliau, TNB tidak mahu berkompromi apabila kerajaan negeri mengalami masalah kewangan sebaliknya mengambil tindakan `di luar batasan' ketika menuntut hutangnya.

Sehubungan itu, beliau meminta TNB mengkaji semula kadar tarif elektrik bagi negeri-negeri mundur seperti Perlis yang pada masa ini sama seperti negeri maju yang lain.

source : Berita Harian 2 Disember 2004


http://www.utusan.com.my/utusan/arch...8.htm&arc=hive


____________________________________________________________________________________

Adnan akui Pahang antara negeri hampir muflis

KUANTAN 19 Okt. - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengakui, Pahang merupakan antara negeri di Malaysia yang kini hampir muflis.

Beliau yang memegang jawatan Menteri Besar sejak tahun 1999 berkata, perkara itu berlaku kerana negeri itu mengalami kekurangan sumber pendapatan.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Hadenan A. Jalil kerana memberi gambaran yang tepat mengenai keadaan sebenar negeri-negeri yang terlibat, Adnan berkata, ia adalah satu kebenaran.

``Memang jika diikutkan takrif itu, Pahang adalah antara negeri yang terlibat dan kita tidak nafikan puncanya kerana pendapatan negeri yang statik dan tidak berkembang, sedangkan perbelanjaan dan permintaan adalah lebih dari itu,'' katanya.

Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri, di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Hadenan bahawa beberapa negeri di negara ini kini hampir muflis kerana pendapatan yang semakin merosot dan tidak berkembang.
___________________________________________________________________________________


Negeri BN terpaksa berhutang bayar gaji kakitangan mereka

KUALA LUMPUR: Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Hashim Ismail mengesahkan empat negeri yang diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa meminjam daripada kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan mereka.

Negeri-negeri berkenaan ialah Johor, Sabah, Pahang dan Perlis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nik Amar Nik Abdullah (PAS - Pengkalan Chepa) mengenai perkara itu ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, 4 November lalu.

diceduk dari:http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=18997&page=3

Monday, November 26, 2007

Apa dh jadi ni YB?



**Kita xnak gengsterisme di sekolah tp kita tunjukkan ke"gengster"an kita kat Dewan Negeri. Tidak pasal-pasal kita digelakkan orang. Sabar..sabar YB..sabar!

Friday, November 23, 2007

Rakyat Kelantan Tidak Tahu Menilai?

Tertarik dengan kenyataan menantu PM dalam Buletin Utama 23hb11 tadi.Semangat benar beliau bersuara menggesa BPR menyiasat Kerajaan Kelantan berhubung rasuah dalam pemberian konsesi balak.Aisey..hebar betul. SIapakah beliau?Apakah jawatan beliau sehingga boleh menggesa dan bersuara dengan begitu hebat sekali. Kita berbalik kepada persoalan asal-RASUAH. Adakah BPR tidak menjalankan tugasnya seperti yang diamanahkan ataupun tiada bukti ataupun tiada rasuah dalam kerajaan kelantan sehinggakan tidak boleh dibuat pendakwaan. Seingat penulis, BPR telah menemui menteri besar untuk soal siasat berhubung kenyataan menteri besar. Setahu penulis. Tok Guru adalah menteri besar pertama yang disoal siasat dan sanggup disoal siasat. Dato Husam sendiri dengan rela mempelawa BPR utk menyiasat. Mana buktinya?!Cubalah BPR ambil dengan Dato Sazmi yang mendakwa ada bukti.kan senang.lepastu siasat.

KJ mempertikaikan projek debu.dan mendakwa kerajaan kelantan tiada idea dalam membangunkan negeri.BAnyak yg kerajaan dah buat dan diikuti oleh pusat. Kenapa ini tidak dipersoalkan. Yang saya terkilan adalah beliau katakan rakyat Kelantan tidak tau menilai. Kita org melayu..sensitif terutama dalam percakan.Boleh mempertikai sesuatu perkara tapi kenelah beradab. Macamana nak pikat kelantan jika kita tidak berlapik bila bercakap. Saya tidak pandai dalam politik dan tidak memihak mana-mana. Saya neutral dan atas pagar.Tp bila dgr KJ ckp tadi terus rasa terkilan ataupun saya tidak reti menilai kata-katanya..

Thursday, October 4, 2007

Kisah Puasa Di Kampung

Lagi seminggu umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Semestinya pelbagai persiapan telah dan akan dibuat untuk menyambut 1 Syawal yang bakal menjelma. biskut dan kuoh muih ada yang telah disiapkan dan disembunyikan dicelah tin-tin milo dalam almari. Takut dimakan orang! :)

Teringat aku semasa berpuasa dan menyambut 1 syawal di kampung. Amat berbeza dengan keadaan anak-anak kecil sekarang.Cukup seronok dan happening sekali! Pada pertengahan Ramadhan, aku dan kawan-kawan berpusing-pusing sekeliling kampung hendak mencari tin-tin milo kosong. Nak wat apa dengan tin-tin tersebut? Jawapannya:Pelita!maklumlah,masa dulu pelita kita buat sendiri. Tin tersebut ditebuk lubang menggunakan paku, dan sumbunya menggunakan kain-kain buruk yang dipotong. Tiap-tiap malam pasang dan mulalah pesta cahaya pelita. Sungguh cantik! Sekarang tak payah buat lagi, ntah-ntah budak zaman sekarang dah tak reti buat pelita sendiri. Semua beli,senang dapat dan murah sehingga kita jadi malas.

Masa dulu juga mak aku selalu suruh aku pergi hantar lauk kadang-kadang kuih kepada jiran-jiran sebelah. Seronok! Rasa sungguh seronok ketika jira yang juga saudara aku puji cakap terima kasih dan diberikan makanan lain sebagai balasan. Amalan ini masih lagi diamalkan di kampung aku.

Baju raya-kasut raya-dan semua barang raya disembunyikan dalam almari dalam bilik mak aku. Takut sangat aku tayangkan kat kawan-kawan. Tapi mmg pantang mak aku keluar bilik, aku masuk senyap-senyap terus memakai baju tersebut dan tayang depan cermin. HAndsome dan lawa tol baju aku! Wal hal aku selalu dpt kasut sekolah buat kasut raya. Ayah aku kata jimat, boleh guna untuk sekolah. Waktu tu ayah susah sikit, lebih-lebih lagi waktu raya. BErapa pasang baju kene beli. Untuk abang, kakak,adik dll.


**Rindu betul nak balik kampung...

Friday, September 21, 2007

Kesedihan Menyelubungi Seluruh Umat di Malaysia

Sebelum ini kita hanya sering mendengar pembunuhan kejam kanak-kanak di negara luar terutama US tp selepas 50 tahun merdeka, perkara ini sudah terjadi di negara bertuah nie.

Marah, sedih, takut, simpati..perasaan ini bercampur gaul dalam hati aku. Rasanya segenap hati manusia yang mendengar berita ini. Ada juga syaitan bertopengkan manusia dalam dunia ni. Kepada pembunuh yang berkenaan, semoga tuhan memberikan pembalasan yang setimpal dunia dan akhirat.

Aku mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Nurin. Berharap agar anda keluarga cekal dan tabah menempuh dugaan yang maha hebat ini. Jangan terlalu bersedih kerana Nurin sedang melangkah ke taman syurga ketika ini. Semoga keluarga anda dicucuri rahmat oleh ALLAH.


**Semoga Allah melindungi keluarga aku dari segala kejahatan manusia dan segala bencana di duania dan selamatkan kami juga di akhirat nanti.

Tuesday, September 18, 2007

Rusuhan Di Batu Buruk - Gambar Bakar Bendera PALSU !!!


Baru-baru ini, negara digemparkan dengan isu pembakaran Jalur Gemilang sewaktu tragedi Batu Buruk 12 September 2007. Semua media arus perdana menuding jari kononnya ia perbuatan ahli PAS, dan lebih mendukacitakam Polis Malaysia tanpa usul periksa mempercayai kejadian itu seolah-olah benar-benar berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengulas mengenainya begitu juga ahli-ahli Parlimen dengan nada dan konotasi marah sehingga ada yang menyatakan pembakar bendera itu perlu dibuang negara. Pemuda UMNO negeri Terengganu juga tanpa usul periksa dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) konon ingin mengadakan kempen memungut tandatangan secara besar-besaran bagi mengutuk "perlakuan " tersebut.

Persoalan kini, gambar itu siapa yang merakamkannya yang disiarkan secara meluas untuk mengkambinghitamkan PAS dan juga BERSIH selaku penganjur ceramah? Pemuda yang membakar bendera itu siapa namanya dan dari mana datangnya? Apa sebenarnya niat polis pula yang secara membabi buta mempercayai gambar itu dan akhirnya bagaimana mentaliti pemimpin UMNO dan ahli parlimen yang mempercayai bulat-bulat sekeping gambar yang tidak diketahui asal-usulnya itu?

Penelitian halus terpaksa dilakukan keatas gambar tersebut dan nantinya kita akan mendapati ia adalah sebenarnya gambar yang dilakukan secara "super-imposed" dibikin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta mempunyai niat jahatnya yang tersendiri.

Cuba kita amati gambar itu.



1) Suasana yang ada seolah-olah pemuda yang bertopi keledar itu bersendirian dengan tindakannnya membakar bendera. Tiga pemuda di sebelahnya seperti "tak ambil kisah" terhadap perbuatannya begitu juga pemuda-pemuda yang di atas jalanraya di belakangnya.

Ini bererti perlakuan pemuda yang membakar bendera secara solo itu adalah pelik sehingga tidak ada sesiapa pun ambil kisah terhadap perlakuannya.

Justeru itu ada dua kemungkinan, pertama hanya orang gila biasanya yang tidak akan dipedulikan oleh sesiapa. Kedua imej pemuda yang membakar bendera itu sebenar dilukis kemudian. Saya lebih berat dengan alasan yang kedua. Cuba kita telitikan lagi dengan lebih terperinci terhadap imej itu.

2) Kita lihat gambar bendera yang dipegang oleh pemuda itu. Ia jelas satu lukisan bukan satu imej bendera sebenar. Tone warna bendera itu sekata dan ini amat tidak realistik memandangkan suasana ketika itu adalah waktu malam. Warna jalur merahnya, robekan bendera di sebelah bawah, lambang bulan-bintang berlatarbelakangkan biru dan asap apinya juga tampak jelas semuanya adalah dilukis dan rekaan semata-mata kerana satu hal yang tidak logik malah tidak mungkin sebaran asap itu mempunyai bentuk kaku yang tidak realistik. (lihat kawasan yang ditandakan dengan garis)



3) Kita lihat pula pemuda yang mencangkung seraya membakar bendera itu. (rujuk foto di atas)

Imej pemuda itu jelas ditampal kerana kecacatan yang wujud di sekurang-kurangnya 3 tempat:

A. Tempelan adalah ketara di tangan pemuda itu dengan imej seluar dan kain pelikat dua orang pemuda di belakangnya.

B. Apabila imej itu diteliti dengan resolusi yang tinggi kita akan dapat melihat kesan tampalan di aliran badan pemuda yang mencangkung itu.

C. Kedudukan bayang-bayang pemuda itu salah kerana aliran cahaya dari hadapan tidak memungkinkan bayang-bayang untuk berada terpat di atas objek.




Ada banyak lagi kecacatan foto berkenaan seperti warna tambak yang patching salah sehingga menjelaskan kepada kita ia bukan foto sebenar.(rujuk foto di atas)

Justeru itu dengan bukti yang ada saya berpendiran bahawa foto berkanaan telah direka dan "doctored" dengan teknik "superimposed" bukan bukannya foto asli.

Kita tidak tahu berapa banyak lagi foto yang direka untuk memburukkan parti pembakang dan berapa ramai pula yang tertipu hasil dari niat dan muslihat yang tidak jujur ini. Kutukan ke atas tangan dan diri orang yang mereka-reka serta mengada-adakan perkara yang tidak ada.
Dan lebih memalukan lagi Polis Di Raja Malaysia mengambil foto ini sebagai asas untuk mendakwa tentang wujudnya perlakuan tersebut tanpa memperdulikan kewsahihan foto berkenaan. Atau ada apa-apakah tujuan PDRM bertindak sedemikian?


kredit utk: tranungkite.net, cari.com.my

**Orang kampung tak reti la pasal kerja-kerja super impose nie. Sepatutnya pihak berkenaan perlu menyiasat kesahihan gambar ini untuk menyakinkan org kampung macam aku.Kalu tak, siapa yang rugi.

Saturday, September 1, 2007

Orang Kampung dan Jalan Baru

Minggu lepas, aku berkesempatan balik ke kampung aku di timur semenanjung Malaysia. Sejuk hati bila sekali-sekala balik kampung. Lihat susana kampung yang tenang, sawah padi luas menghijau dan yang paling "best", boleh jumpa dengan ibu-ayah. Sampai sahaja kat rumah, ma mertua aku terus hidangkan aku ngan orang rumah dengan durian. Dah seminggu dia simpan untuk kami. Maklumlah dia takut buah durian habis. Maklumlah, dah nak akhir musim. Hari berikutnya aku balik ke rumah ibu aku. Aku panggil mak aku-"mek". Sama macam mak mertua aku gak, banyak buah durian dia simpan untuk aku. Hampir penuh peti sejuk!

Risau betul aku bila tau mek aku tak sihat. Jatuh semasa sembahyang. Aku ngan famili aku terus bergegas ke Hospital USM menghantar mek ke sana. Ntahlah, kebelakangan ini mek asyik tak sihat. Badannya lemah-lemah, asyik pening je. Nak kater darah tinggi..tak.nak kater kencing manis..pun tak. Runcing dan risau betul aku. Rasa nak pindah balik kampung je. Bolehla aku jumpa me tiap-tiap hari. isk..

Satu lagi perkara yang mengejutkan aku ialah jalan kampung aku dah dibaiki. Dahulu, banyak betul lubang-lubang sampai kene bawak kereta kiri-kanan semata-mata nak elak lubang. Sekarang, sungguh cantik dan elok sekali. Longkang pn dah konkrit. Terima kasihlah kepada YB. Dah 4 tahun barulah jalan kampung diperbaiki. Harap-harap ini bukan untuk memancing undi pilihanraya yang semakin hampir. Bekerja untuk rakyat sepanjang masa. Kan YB?









Jalan kampung aku yang baru diturap :)








Akhir kalam, tidak aku lupakan kepada semua murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada Isnin ini terutama kepada 2 orang anak buah aku-Luqman&Ariff. Buatlah yang terbaik!

*Aku doakan agar kesihatan ibubapa aku terutama mek senantiasa sihat walafiat. Amin.

Friday, August 17, 2007

Nukilan pertama..

Pertama kali aku menulis ke dalam blog. Baru nak belajar mengarang macam dairi. Walaupun tak pernah tapi aku akan cuba. Tersentuh hati untuk menulis blog bila aku terbaca banyak blog yang ada dalam dunia IT pada masa kini. Seronok dan menyeronokkan! Lagipun banyak masa aku berada di depan komputer berbanding TV jadi bolehlah aku meluangkan secubit masa aku untuk blog aku yang masih daif ini.

Ucapan selamat Hari Merdeka aku tujukan kepada semua rakyat Malaysia khasnya kepada para pemimpin. Jalanlah kerja anda kerana Allah. Aku akan sentiasa menyokong anda untuk Malaysia. Tidak lupa juga untuk orang-orang kampung aku yang sentiasa bekerja kuat berkebun, membuat parang@golok dan lain-lain kerja kampung. Mereka ini semestinya amat patriotik. Ada yang terlebih patriotik. Senantiasa bercerita dengan aku tentang susah payah sebelum kemerdekaan. Perit sekali! Amat aku harapkan semoga kemerdekaan ini sentiasa berpanjangan dan dipenuhi serta diisi dengan nilai-nilai ketimuran yang tinggi. Sedih aku bila melihat anak-anak muda di kota mahupun kampung melepak dan berpelesiran di mana-mana tanpa menghirau batasan agama. Kecewa aku dengan pelajar tahun akhir sebuah universiti di Taiwan, Namewee. Bagi aku jika beliau tidak selesa di negara ini, carilah negara yang beliau selesa.

Di sini aku sertakan sebuah lirik lagu yang teramat aku gemar. Aku tujukan lagu ini untuk semua pejuang kemerdekaan dan semua pemimpin yang berusaha mengisi kemerdekaan ini.

Pahlawanku
Pergilah berjuang untuk bangsa

Jangan ragu

Namamu tetap dipuja


Biar mati

Sebagai pahlawan yang sejati

Jangan undur

Jasamu kelak bertabur


Selamat kau pergi
Selamat kembali

Dengan hati suci

Dan tak takut mati


Pahlawanku

Menuju ruang ke medan perang

Jangan takut

Sebagai askar berjuang


**Al-fatihah kepada semua pejuang kemPublish Posterdekaan. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.